Gotong-royong RIMUP 2009

Mereka bertungkus-lumus berganding tenaga untuk menyiapkan taman RIMUP...

Wednesday, July 1, 2009

RIMUP - petikan dari BERNAMA (2005)

SEREMBAN, 5 Julai (Bernama) -- Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diperkenalkan pada tahun 80-an akan diaktifkan semula bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum di peringkat murid sekolah rendah.


Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim berkata RIMUP akan membabitkan program seperti kokurikulum, sukan, kebudayaan serta gotong-royong dan lain-lain program yang ditetapkan dalam buku panduan. Menurutnya lagi, program itu diperkenalkan semasa Abdullah menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 80-an, tetapi kini kurang akktif daripada penglibatan murid.


"Saya meminta guru-guru besar memberi kerjasama dalam menjayakan program ini yang sudah lama tidak aktif. Begitu juga wakil rakyat dan Jabatan Pelajaran Negeri.


"Selain itu kita meminta penduduk setempat terutama ibu bapa pelajar sekolah terbabit supaya mengambil bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia di sini hari Selasa.


Hon berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka melancarkan majlis berkenaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Mantin pada 12 Julai ini.


Tiga sekolah lain yang akan menyertai RIMUP berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Pusat, Mantin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Chi dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Cairo. Program itu juga tidak meliputi Sekolah Wawasan, katanya.


-- BERNAMA 5 Julai 2005

No comments:

Post a Comment