Gotong-royong RIMUP 2009

Mereka bertungkus-lumus berganding tenaga untuk menyiapkan taman RIMUP...

Tuesday, October 27, 2009

Pertandingan Futsal & Badminton RIMUP

SMK Tanah Putih dijemput oleh Pengerusi Kelompok RIMUP, iaitu Pengetua SMK Paya Besar untuk menyertai Pertandingan Integrasi Futsal dan Badminton (RIMUP).

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid berkenaan perpaduan kaum. Seramai 20 orang peserta dan 20 orang penyokong dijemput menjayakan program tersebut.

Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 29 OKTOBER 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi


Peserta FUTSAL :

AHMAD FADZRIL B. ABDUL RUZSAN (3K9)
DING TAU LIK (3K5)
AHMAD FIRDAUS B. ADLI (3K7)
THILAGAN A/L PALVANNAM (3K6)
MUHAMMAD FUAD NAJMIE B. MUSTAFA (3K9)
HA YEW KHEW (3K8)
MUHAMAD AZRUL B. MOHAMMED MOKHTAR (3K2)
KIRUBESWERAN A/L SAMMUGAM (3K3)


Peserta Badminton :

CHUA BOON KEAT (3K2)
RUHAN A/L JEGANATHAN (3K7)
SHINY JANICE JOSEPH (3K6)
NOOR ANIS BT. MOHD ZAINAL (3K9)
FOO KOK WEI (3K8)
CHUA BOON KEAT (3K2)
SAQFIT B. AMRAN (3K9)
FARHAN B. ALIAS (3K7)
SIN PUI KEE (3K7)
HUAN YEE SUN (3K2)
JAYASEELAN A/L KUMAR (3K3)
IDA MARIA BT. IZAL (3K9)

Semoga program ini berjaya mencapai matlamat yang diharapkan..../rbj

Sunday, August 2, 2009

Patriotisme dan Perpaduan

Manusia di dunia ini semakin dekat dan rapat. Seperti kata Thomas L.Friedman dalam 'The World is Flat', dunia ini bukan bulat tetapi rata. Globalisasi menyebabkannya rata. Internet, teknologi komunikasi, yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan. Budaya, bahasa, bangsa, identiti dan peribadi seolah-olah tidak penting lagi. Akhirnya, semua orang menjadi celaru, keliru dan memudarkan jati diri.

Inilah pentingnya patriotisme dalam pengukuhan sesebuah negara. Pertahanan jati diri sesebuah masyarakat mampu mengekalkan keharmonian, kesatuan dan kemakmuran. Kentalnya jati diri dan saling memahami menjadi benteng yang teguh kepada manusia dalam menghadapi kemusnahan yang dibawa oleh globalisasi.

Malaysia yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum memerlukan semangat patriotisme untuk bergerak maju, stabil dan dihormati. Perpaduan dapat dikekalkan dengan hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain demi kesatuan rakyat.

Sempena bulan Ogos ini, diharapkan semangat patriotik yang tersemai dalam diri setiap anggota masyarakat. khususnya warga SMKTP akan memperkasakan perpaduan yang sudah sedia terjalin.

Tuesday, July 21, 2009

Senamrobik RIMUP

Unit Kokurikulum & HEM SMKTP akan menganjurkan Senamrobik RIMUP sempena Bulan Kecergasan 2009. Senamrobik ini akan diadakan esok, 22 Julai 2009 (Rabu), bertempat di dewan sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua murid dan guru SMKTP.

Senamrobik ini akan dimulakan seawal pukul 7.30 pagi dan dijangka selesai pada pukul 8.30 pagi. Untuk sesi petang, aktiviti ini akan dimulakan pada pukul 5.30 petang.

Semua murid dan guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti tersebut.

Selamat bersenamrobik...."Badan Cergas Minda Cerdas"

Sunday, July 12, 2009

Pelaksanaan RIMUP perlu dipertingkatkan...

TAKLIMAT PELAKSANAAN RIMUP ZON TIMUR
Pelaksanaan program RIMUP perlu dipertingkatkan

Diterbit pada 24-02-2009 14:37

24 Februari 2009

Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menganjurkan taklimat RIMUP kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 22 – 23 Februari 2009 di Kuala Terengganu. Seramai 110 orang Pengetua dan Guru Besar telah menyertai taklimat kali ini.

Taklimat telah dimulakan dengan pembentangan laporan tinjauan dan penilaian oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada sesi pertama (22 Feb 2009 9.00 malam). Sesi kedua dan ketiga telah diadakan pada 23 Feb 2009. Sesi ini menjelaskan dasar-dasar pelaksanaan program RIMUP.

Beberapa kelemahan telah dikesan oleh pihak Nazir dalam pelaksanaan RIMUP di sekolah-sekolah. Melalui tinjauan yang dilakukan pada tahun 2008 pihak JNJK mendapati terdapat sekolah tidak melaksanakan program RIMUP secara bersungguh. Di antara petunjuk yang digunakan melalui dokumen-dokumen rujukan, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.

Walaupun begitu, pihak penilaian mendapati pelaksanaan program berlaku, namun pihak sekolah tidak melaporkan penganjuran aktiviti atas nama RIMUP. Umpamanya kegiatan gotong royong, merentas desa, kelas motivasi dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah merupakan kegiatan yang melibatkan semua murid, dan tentunya unsur penerapan nilai seperti toleransi, kerjasama, bertolak ansur dan sebagainya berlaku.

Pengetua dan Guru Besar diminta supaya lebih peka kepada kehendak dasar pelaksanaan program ini supaya kegiatan-kegiatan yang dianjurkan lebih terarah dan berstruktur ke arah memenuhi matlamat yang dikehendaki. Penyediaan dokumen-dokumen perancangan, pelaksanaan dan pemantauan perlu diadakan sebagai bukti kepada penilai bahawa program dilaksanakan di peringkat sekolah.

Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menyempurnakan majlis perasmian penutup taklimat.


Sumber : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian : KPM

Laksana RIMUP di sekolah ...


Utusan Malaysia
Oleh Azian Aziz

KLANG 12 Nov. – Semua guru besar di sekolah rendah diarah melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diberi nafas baru berpandukan lima buku modul aktiviti yang disediakan Kementerian Pelajaran, bermula tahun depan.

Buku tersebut yang telah diedarkan kepada semua guru besar mempunyai panduan mengenai lima aktiviti berasaskan kecemerlangan akademik, kokurikulum, sukan dan permainan, meningkatkan patriotisme dan khidmat masyarakat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim berkata, semua guru besar terutama di kawasan pedalaman telah diminta memberi pandangan mengenai aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam buku modul tersebut.

Katanya, ia perlu untuk mengetahui sama ada aktiviti tersebut sesuai atau tidak untuk dilaksanakan di dalam kelompok mereka. Beliau berkata, sekiranya guru besar mempunyai cadangan untuk melakukan aktiviti lain, mereka boleh mengemukakan cadangan itu kepada pejabat pendidikan daerah, negeri atau terus kepada kementerian bersama kertas kerja. ‘‘Kita mahu guru besar memberi komen dan pandangan kerana mungkin aktiviti yang disenaraikan senang pada kita tetapi susah untuk dilaksanakan. ‘‘Jadi tidak semestinya aktiviti yang disenaraikan itu diterima 100 peratus.

Komitmen.
‘‘Apa yang paling penting RIMUP dilaksanakan dengan penuh komitmen untuk mewujudkan perpaduan kaum yang mantap dan berkekalan dari peringkat sekolah rendah lagi,’’ kata beliau. Beliau berkata demikian selepas menutup Mesyuarat Pelaksanaan RIMUP Guru Besar Kelompok A, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Murid) Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Zulkifly Mohd. Wazir. Pada majlis sama, Choon Kim turut menyampaikan sijil kepada wakil 480 guru besar dari seluruh negara yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Menurut beliau, selain lima buku modul RIMUP, satu lagi cabang RIMUP iaitu e-Integrasi juga harus dijalankan selaras dengan aktiviti-aktiviti lain. Mengenai peruntukan yang disediakan untuk melaksanakan RIMUP iaitu antara RM500 hingga RM2,000 mengikut kategori kelompok, Choon Kim berkata, walaupun tidak sebesar mana tetapi ia melambangkan sokongan kementerian kepada pelaksanaan program itu. ‘‘Kalau hendak diikutkan memang tak cukup tetapi kita berharap program ini dapat sokongan dan kita mengalu-alukan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pertubuhan bukan kerajaan dan ibu bapa sendiri. ‘‘Di sini saya ingin memuji wakil-wakil rakyat yang memberi sumbangan dan menyokong aktiviti RIMUP ini,” kata beliau.

RIMUP yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1986 semasa menjadi Menteri Pelajaran merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, bersemangat muhibah, memiliki jiwa dan peribadi unggul serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu demi kesejahteraan negara.

Petikan berita November 2008

Wednesday, July 1, 2009

SUKANEKA RIMUP



Aktiviti Sukaneka RIMUP telah diadakan pada 18 MEI 2009 (Isnin) sempena Sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah.

Aktiviti ini dijalankan di Dewan Besar SMK Tanah Putih. Sasaran aktiviti ini ialah murid peringkat Menengah Rendah, iaitu murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

Jenis permainan sukaneka yang dijalankan ialah Titian RIMUP dan Menara RIMUP.

Sambutan daripada murid agak meriah dan memberangsangkan. Hal ini demikian kerana, ini merupakan kali pertama aktiviti seumpama itu mainkan oleh murid yang terlibat.

Harapan pihak penganjur agar aktiviti ini akan mendapat sambutan yang lebih baik lagi pada masa yang akan datang. Aktiviti ini juga boleh dijadikan salah satu slot untuk mengisi Program Selepas Peperiksaan PMR 2009.

Gotong-royong RIMUP















Aktiviti gotong-royong RIMUP telah diadakan pada 11 APRIL 2009 (Sabtu) melibatkan pasukan unit beruniform sekolah.

Projek utama gotong-royong itu adalah untuk membina taman / lanskap sekolah, dalam usaha untuk menceriakan kawasan sekolah.

AJK

JAWATANKUASA RIMUP 2009

PENGERUSI : ENCIK MOY WAH GOON (Pengetua SMKTP)

PENGERUSI : ENCIK RANGASAMY (GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA : PUAN NOOR AINI BT. MUHAMMAD (GPK HEM)

PEN. SETIAUSAHA : PUAN ROSHANILAWATEY BT. JUSOH

BENDAHARI : PUAN ROHANI BT. DERAMAN

AHLI JAWATANKUASA :
  1. Puan Megawati Bt. Mokhtar (KB Kemanusiaan)
  2. Encik Lau Tin Bau (Setiausaha Sukan)
  3. Cik Wang Mei Lian
  4. Puan Goh Bee Chin

KONSEP, MATLAMAT & OBJEKTIF

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN
(RIMUP)

KONSEP

  • RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

  • Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN


RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.
  • Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.
  • Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.
  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI RIMUP

  1. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
  • Seminar Menghadapi Peperiksaan
  • Karnival Sains dan Matematik
  • Karnival Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Jejak Sejarah
  • Debat Perpaduan
  • Kuiz Bina Bangsa
  • Sayembara Perpaduan
  • Pertandingan Menulis Cerpen Perpaduan
  • Pertandingan Fotografi Perpaduan

SUKAN DAN PERMAINAN
  • Permainan Tradisional
  • Sukaneka / Sukan Rakyat
  • Mencari Harta Karun

AKTIVITI KOKURIKULUM

  • Kebudayaan
  • Sambutan dan Perayaan
  • Perkhemahan dan Lawatan

  • KHIDMAT MASYARAKAT
  • Gotong-royong
  • Melawat Rumah Orang-orang Tua/Anak Yatim
  • Bantuan Bencana Alam
  • Program ala “Bersamamu”
  • Projek Community Chest (projek khas untuk golongan istimewa)
    • MENINGKATKAN PATRIOTISME
  • Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena dengan Hari Kebangsaan
  • Kempen Cintai Warisan Bangsa dan Negara
  • Kelab Rukun Negara
  • Kempen Kibar Jalur Gemilang

Intisari Ucapan Pelancaran RIMUP 2005

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata perpaduan perlu menjadi matlamat penting dalam sistem persekolahan supaya negara terus stabil, aman dan menikmati apa yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu.

Perdana Menteri berkata generasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti perpaduan dengan cara dan amalan ke arah menjadi rakyat yang bersatu padu dan hidup makmur pada masa hadapan.

"Kita mahu mereka tahu apa itu perpaduan. Kita faham ada sedikit perbezaan kerana (dalam sistem pendidikan sekarang) ada sekolah Cina dan (ada) sekolah kebangsaan."

"Ada juga pelajar di sekolah kebangsaan yang ada pelajar (keturunan lain) tetapi bilangan ini amat kecil. Oleh itu, perpaduan perlu diperkasakan dengan aktiviti bermanfaat yang boleh membuatkan mereka bersama-sama menyemai bibit-bibit perpaduan," katanya ketika melancarkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) peringkat kebangsaan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua di Mantin dekat sini Selasa.

Abdullah berkata tumpuan usaha memupuk perpaduan ini mesti bermula dari awal kerana pada masa itulah generasi muda belum ada perasaan prejudis terhadap kawan-kawan daripada keturunan dan agama yang berbeza.

Abdullah juga menegur segelintir ibubapa yang merosakkan pemikiran anak-anak dengan menyemai perasaan dan pemikiran yang tidak elok.

"Saya tak kata semua orang tapi ada juga (yang begitu). Ini tidak baik untuk masa depan negara dan masa depan perpaduan. Ibubapa seharusnya menyokong supaya anak-anak mereka mengambil bahagian (dalam menjayakan perpaduan). Kita mesti berjaya dan suasana masa hadapan mesti lebih baik dari sekarang," katanya.

Beliau berkata generasi lama sudah melatih diri masing-masing dengan sikap toleransi dan bertimbang rasa serta tidak sangat memberikan perhatian kepada cara-cara yang boleh menimbulkan kegelisahan antara kaum.

"Inilah pendekatan yang diambil oleh kerajaan yang mengadakan pelbagai rancangan yang mempunyai matlamat perpaduan kaum," kata Perdana Menteri.

Antara usaha yang dibuat ialah menyelitkan seruan tertentu menerusi nyanyian oleh kanak-kanak, katanya.

Abdullah berharap program RIMUP itu akan meninggalkan kesan yang baik kepada negara pada masa akan datang.

Program RIMUP itu, yang dihidupkan semula setelah diperkenalkan pada 1986 ketika Abdullah menjadi Menteri Pelajaran, bertujuan memupuk semangat perpaduan kaum menerusi aktiviti sukan, ko-kurikulum dan juga gotong royong.

Empat objektif utama RIMUP ialah menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan bersama, mewujudkan sikap kerjasama dan tolong menolong, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagi kaum di sekolah selain berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk kegiatan khas.

"Apa yang penting ialah program ini mestilah melibatkan semua sekolah. Kalau semua sekolah terlibat itu tandanya berjaya. Kalau ia melibatkan sebilangan kecil sekolah ia tak berjaya," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan program RIMUP tidak akan berhenti dalam tempoh tertentu.

RIMUP - petikan dari BERNAMA (2005)

SEREMBAN, 5 Julai (Bernama) -- Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diperkenalkan pada tahun 80-an akan diaktifkan semula bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum di peringkat murid sekolah rendah.


Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim berkata RIMUP akan membabitkan program seperti kokurikulum, sukan, kebudayaan serta gotong-royong dan lain-lain program yang ditetapkan dalam buku panduan. Menurutnya lagi, program itu diperkenalkan semasa Abdullah menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 80-an, tetapi kini kurang akktif daripada penglibatan murid.


"Saya meminta guru-guru besar memberi kerjasama dalam menjayakan program ini yang sudah lama tidak aktif. Begitu juga wakil rakyat dan Jabatan Pelajaran Negeri.


"Selain itu kita meminta penduduk setempat terutama ibu bapa pelajar sekolah terbabit supaya mengambil bahagian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia di sini hari Selasa.


Hon berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka melancarkan majlis berkenaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Mantin pada 12 Julai ini.


Tiga sekolah lain yang akan menyertai RIMUP berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Pusat, Mantin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Chi dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Cairo. Program itu juga tidak meliputi Sekolah Wawasan, katanya.


-- BERNAMA 5 Julai 2005

Perpaduan Asas Kesejahteraan

PENGENALAN

Sekolah merupakan salah sebuah institusi yang mampu menjadi ejen berkesan ke arah menyatupadukan murid pelbagai kaum di negara ini. Dalam hal ini, sekolah perlu memainkan peranan masing-masing untuk meletakkan agenda integrasi dan perpaduan sebagai matlamat utama ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dan sejahtera.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan elemen perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sebagai antara fokus utama dalam Teras Satu " Membina Negara Bangsa". Elemen ini penting bagi memastikan negara yang diduduki pelbagai kaum seperti Malaysia akan terus maju dalam suasana yang stabil dan harmoni.

Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM telah memperkenalkan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan dan menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada perpaduan nasional. Pelaksanaan program ini selaras dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan selama ini untuk membentuk keharmonian dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.

APAKAH RIMUP
Program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Dilaksanakan melalui perkongsian idea, kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, bersemangat muhibah, memiliki jiwa dan peribadi unggul serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu demi kesejahteraan negara.