Gotong-royong RIMUP 2009

Mereka bertungkus-lumus berganding tenaga untuk menyiapkan taman RIMUP...

Tuesday, October 27, 2009

Pertandingan Futsal & Badminton RIMUP

SMK Tanah Putih dijemput oleh Pengerusi Kelompok RIMUP, iaitu Pengetua SMK Paya Besar untuk menyertai Pertandingan Integrasi Futsal dan Badminton (RIMUP).

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid berkenaan perpaduan kaum. Seramai 20 orang peserta dan 20 orang penyokong dijemput menjayakan program tersebut.

Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 29 OKTOBER 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi


Peserta FUTSAL :

AHMAD FADZRIL B. ABDUL RUZSAN (3K9)
DING TAU LIK (3K5)
AHMAD FIRDAUS B. ADLI (3K7)
THILAGAN A/L PALVANNAM (3K6)
MUHAMMAD FUAD NAJMIE B. MUSTAFA (3K9)
HA YEW KHEW (3K8)
MUHAMAD AZRUL B. MOHAMMED MOKHTAR (3K2)
KIRUBESWERAN A/L SAMMUGAM (3K3)


Peserta Badminton :

CHUA BOON KEAT (3K2)
RUHAN A/L JEGANATHAN (3K7)
SHINY JANICE JOSEPH (3K6)
NOOR ANIS BT. MOHD ZAINAL (3K9)
FOO KOK WEI (3K8)
CHUA BOON KEAT (3K2)
SAQFIT B. AMRAN (3K9)
FARHAN B. ALIAS (3K7)
SIN PUI KEE (3K7)
HUAN YEE SUN (3K2)
JAYASEELAN A/L KUMAR (3K3)
IDA MARIA BT. IZAL (3K9)

Semoga program ini berjaya mencapai matlamat yang diharapkan..../rbj

Sunday, August 2, 2009

Patriotisme dan Perpaduan

Manusia di dunia ini semakin dekat dan rapat. Seperti kata Thomas L.Friedman dalam 'The World is Flat', dunia ini bukan bulat tetapi rata. Globalisasi menyebabkannya rata. Internet, teknologi komunikasi, yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan. Budaya, bahasa, bangsa, identiti dan peribadi seolah-olah tidak penting lagi. Akhirnya, semua orang menjadi celaru, keliru dan memudarkan jati diri.

Inilah pentingnya patriotisme dalam pengukuhan sesebuah negara. Pertahanan jati diri sesebuah masyarakat mampu mengekalkan keharmonian, kesatuan dan kemakmuran. Kentalnya jati diri dan saling memahami menjadi benteng yang teguh kepada manusia dalam menghadapi kemusnahan yang dibawa oleh globalisasi.

Malaysia yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum memerlukan semangat patriotisme untuk bergerak maju, stabil dan dihormati. Perpaduan dapat dikekalkan dengan hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain demi kesatuan rakyat.

Sempena bulan Ogos ini, diharapkan semangat patriotik yang tersemai dalam diri setiap anggota masyarakat. khususnya warga SMKTP akan memperkasakan perpaduan yang sudah sedia terjalin.

Tuesday, July 21, 2009

Senamrobik RIMUP

Unit Kokurikulum & HEM SMKTP akan menganjurkan Senamrobik RIMUP sempena Bulan Kecergasan 2009. Senamrobik ini akan diadakan esok, 22 Julai 2009 (Rabu), bertempat di dewan sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua murid dan guru SMKTP.

Senamrobik ini akan dimulakan seawal pukul 7.30 pagi dan dijangka selesai pada pukul 8.30 pagi. Untuk sesi petang, aktiviti ini akan dimulakan pada pukul 5.30 petang.

Semua murid dan guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti tersebut.

Selamat bersenamrobik...."Badan Cergas Minda Cerdas"

Sunday, July 12, 2009

Pelaksanaan RIMUP perlu dipertingkatkan...

TAKLIMAT PELAKSANAAN RIMUP ZON TIMUR
Pelaksanaan program RIMUP perlu dipertingkatkan

Diterbit pada 24-02-2009 14:37

24 Februari 2009

Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menganjurkan taklimat RIMUP kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 22 – 23 Februari 2009 di Kuala Terengganu. Seramai 110 orang Pengetua dan Guru Besar telah menyertai taklimat kali ini.

Taklimat telah dimulakan dengan pembentangan laporan tinjauan dan penilaian oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada sesi pertama (22 Feb 2009 9.00 malam). Sesi kedua dan ketiga telah diadakan pada 23 Feb 2009. Sesi ini menjelaskan dasar-dasar pelaksanaan program RIMUP.

Beberapa kelemahan telah dikesan oleh pihak Nazir dalam pelaksanaan RIMUP di sekolah-sekolah. Melalui tinjauan yang dilakukan pada tahun 2008 pihak JNJK mendapati terdapat sekolah tidak melaksanakan program RIMUP secara bersungguh. Di antara petunjuk yang digunakan melalui dokumen-dokumen rujukan, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.

Walaupun begitu, pihak penilaian mendapati pelaksanaan program berlaku, namun pihak sekolah tidak melaporkan penganjuran aktiviti atas nama RIMUP. Umpamanya kegiatan gotong royong, merentas desa, kelas motivasi dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah merupakan kegiatan yang melibatkan semua murid, dan tentunya unsur penerapan nilai seperti toleransi, kerjasama, bertolak ansur dan sebagainya berlaku.

Pengetua dan Guru Besar diminta supaya lebih peka kepada kehendak dasar pelaksanaan program ini supaya kegiatan-kegiatan yang dianjurkan lebih terarah dan berstruktur ke arah memenuhi matlamat yang dikehendaki. Penyediaan dokumen-dokumen perancangan, pelaksanaan dan pemantauan perlu diadakan sebagai bukti kepada penilai bahawa program dilaksanakan di peringkat sekolah.

Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah menyempurnakan majlis perasmian penutup taklimat.


Sumber : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian : KPM

Laksana RIMUP di sekolah ...


Utusan Malaysia
Oleh Azian Aziz

KLANG 12 Nov. – Semua guru besar di sekolah rendah diarah melaksanakan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diberi nafas baru berpandukan lima buku modul aktiviti yang disediakan Kementerian Pelajaran, bermula tahun depan.

Buku tersebut yang telah diedarkan kepada semua guru besar mempunyai panduan mengenai lima aktiviti berasaskan kecemerlangan akademik, kokurikulum, sukan dan permainan, meningkatkan patriotisme dan khidmat masyarakat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim berkata, semua guru besar terutama di kawasan pedalaman telah diminta memberi pandangan mengenai aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam buku modul tersebut.

Katanya, ia perlu untuk mengetahui sama ada aktiviti tersebut sesuai atau tidak untuk dilaksanakan di dalam kelompok mereka. Beliau berkata, sekiranya guru besar mempunyai cadangan untuk melakukan aktiviti lain, mereka boleh mengemukakan cadangan itu kepada pejabat pendidikan daerah, negeri atau terus kepada kementerian bersama kertas kerja. ‘‘Kita mahu guru besar memberi komen dan pandangan kerana mungkin aktiviti yang disenaraikan senang pada kita tetapi susah untuk dilaksanakan. ‘‘Jadi tidak semestinya aktiviti yang disenaraikan itu diterima 100 peratus.

Komitmen.
‘‘Apa yang paling penting RIMUP dilaksanakan dengan penuh komitmen untuk mewujudkan perpaduan kaum yang mantap dan berkekalan dari peringkat sekolah rendah lagi,’’ kata beliau. Beliau berkata demikian selepas menutup Mesyuarat Pelaksanaan RIMUP Guru Besar Kelompok A, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Murid) Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Zulkifly Mohd. Wazir. Pada majlis sama, Choon Kim turut menyampaikan sijil kepada wakil 480 guru besar dari seluruh negara yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Menurut beliau, selain lima buku modul RIMUP, satu lagi cabang RIMUP iaitu e-Integrasi juga harus dijalankan selaras dengan aktiviti-aktiviti lain. Mengenai peruntukan yang disediakan untuk melaksanakan RIMUP iaitu antara RM500 hingga RM2,000 mengikut kategori kelompok, Choon Kim berkata, walaupun tidak sebesar mana tetapi ia melambangkan sokongan kementerian kepada pelaksanaan program itu. ‘‘Kalau hendak diikutkan memang tak cukup tetapi kita berharap program ini dapat sokongan dan kita mengalu-alukan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pertubuhan bukan kerajaan dan ibu bapa sendiri. ‘‘Di sini saya ingin memuji wakil-wakil rakyat yang memberi sumbangan dan menyokong aktiviti RIMUP ini,” kata beliau.

RIMUP yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1986 semasa menjadi Menteri Pelajaran merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, bersemangat muhibah, memiliki jiwa dan peribadi unggul serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu demi kesejahteraan negara.

Petikan berita November 2008